Kerjaya bersama kelab Hong Wan

Hong Wan merupakan hasil produk akademi Charlton Athletic[8] dan kemudiannya menyertai Yeovil Town pada tahun 2017. Beliau merupakan kapten pasukan bawah-18 Yeovil Town semasa berada di sana.[8] Namun, beliau gagal membuat penampilan bersama pasukan senior di peringkat liga.[3]

Pada tahun 2019, Hong Wan menandatangi kontrak bersama Wolverhampton Wanderers.[9] Pada awal tahun 2020, beliau dipinjamkan ke sebuah kelab Croatia Varaždin, namun gagal membuat penampilan liga bersama skuad senior akibat pandemik COVID-19. Beliau kemudiannya pulang ke Wolves empat bulan kemudian.[10][11]

Pada 30 Jun 2021, Hong Wan menyertai sebuah pasukan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim secara 'free transfer'.[4] Beliau membuat debut liga bersama pasukan menentang Penang, di mana Johor menang 1–0.[12]

Rujukan

WikiPedia: Hong Wan http://www.soccerway.com/players/nathaniel-shio-ho... http://nb.sportscn.com/viewnews-699416.html https://www.besoccer.com/team/squad/nk-varteks-var... https://www.premierleague.com/players/66108/Nathan... https://www.shropshirestar.com/sport/football/wolv... https://int.soccerway.com/matches/2022/03/04/malay... https://english.stadiumastro.com/football/im-open-... https://www.wolvesbite.com/2019/05/wan-looking-to-... https://www.youtube.com/watch?v=sw_w-KSXlSA https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06...